Ahad, 25 Januari 2009

AJL KE 23-Tahniah kepada Superman &Pakcik Hussein











Okey,agak lama gak tak update blog ni,sebab bukan kerana xde masa tapi pasal xde story :(



Jadi fikir punya fikir,saya pun decide nak kongsi keceriaan dan keseronokkan tentang AJL 23 baru2 ni,saya memang minat musik khususnya musik rock and my favourite artist is Faizal tahir.Saya tengok AJL 23 ni kat tv jer,jauh tu kalau nak pergi sana.





Tahniah.....kepada Faizal Superman@Faizal tahir kerana berjaya mengondol anugerah bagi 3 kategori di AJL 23,yep a big congrats to him.Saya memang minat penyanyi ni kerana dia antara penyanyi berbakat besar di Malaysia ni,amat jarang melihat penyanyi rock solo yg berjaya dan terus bernafas sekarang ni,boleh namakan seorang penyayi rock solo baru yang terus bertahan sehingga kini?(selain daripada fiq mentor)




Honestly,saya lebih suka lagu "coba" berbanding lagu "sampai syurga" tapi nampak sangat malam tu yang Faizal lebih concerntrate kepada lagu "Sampai Syurga"berbanding lagu"Coba"tapi xpelah sebab kedua2nya pun sedap. :P



Tapi malam tu,MUH memang umph... MUH tu apa agaknya yer? yes that's right it is Meet Uncle Hassan eh silap Hussein :) terutama time penyanyi utama band ni tarik suara,gempak uu... long live indie band,memang layak diorang menang AJL,serius beb.



Okey,tu yg best tapi ada jugak yg xbest bagi saya waktu tengok anugerah lagu ni,cth kpd pengacaranya Faizal Ismail,x dinafikan dia memang seorang pengacara yg hebat tapi malam tu adakalanya lawak dia cam syok sendiri jer,x caya cuba tengok lagi sekali AJL 23 ,gerenti korang pun setuju,saya pun xdelah nak cakap yg dia ni teruk sangat cuma nak bagi kritikan yg membina jer,tak salahkan? mungkin lepas ni,Faizal Ismail akan lebih maju dan cemerlang,insya-Allah.


Last but not least,harap2 lepas ni Faizal tahir akan terus menyanyikan lagu2 yg menaikkan semangat cam lagu gemuruh tu,definitely it will be a killer song,saya pun kalau time2 rasa cam lemah jer jiwa ni mesti akan dengar lagu Faizal ni supaya kembali bermotivated,saya percaya semua orang ada lagu masing2 yang mampu memberi semangat kepda diri untuk bangkit semula,betul x?






semoga sukses selalu,insya Alllah,



wasalam

Isnin, 12 Januari 2009

DAPAT LESEN P




Salam,akhirnya saya berjaya mendapat lesen"p" setelah hampir 2bulan mengikuti latihan motor.Akhirnya setelah mengikuti latihan yg lama dan dimarah dengan secukupnya,alhamdullilah saya berjaya.Mungkin jika ada yg baca/terbaca blog ni cakap "apa nak kecoh,baru dapat lesen motor," tetapi memang saya happy sangat sebab saya bukanlah seorang yg expert dgn motor ni sebaliknya baru sahaja belajar membawanya dan terus pergi ambil lesen,jadi ianya satu kejayaan peribadi bagi saya kerana saya dah berjaya mencapai salah satu matlamat saya dalam tahun ni, :)




Jadi lepas ni,bolehlah saya membawa kawan saya naik motorsikal saya(cam gambar di atas) tanpa merasa bimbang disaman lagi,tapi xbolehlah selalu bagi tumpang,bahaya.




Okey,jadi nak cerita sikit masa pergi ambil lesen ni,(utk kali kedua) :P,punyalah ramai orang time tu,lebih kurang 60 org sebab saya punya nombor giliran,nombor 63,jadi ingatkan saya kena beratur lama tapi rupa2nya sesiapa yg gagal bahagian 3 masa first time ,kena buat dahulu,jadi saya orang kedualah yg buat test ni,berdebar jugak time tu tapi,alhamdulillah berjaya gak diatasi rasa gemuruh ni,saya buat tak lama 4minit jer,pukul 9.04 am start,pukul 9.08 dah habis,masa habis tu dan nak pergi ambil result,menggigil kejap tangan ni,:)




Bila tengok result lulus,rasa lega sangat,xpayahlah kena ambil lagi sekali.Insya-allah lepas ni saya akan belajar membawa kereta pula,bila tu?saya tak pasti tapi saya percaya satu hari nanti saya tetap akan dapat lesen kereta pula,insya-Allah.



Jumaat, 2 Januari 2009

Cerita alam sekolahku


Salam, xlama lagi sekolah akan dibuka,(waah tidak!!!)x puas cuti lagi ni :)


Ok,kali nak kongsi sikit cerita pasal zaman persekolahanku


Yep,sekolah first yg aku masuk ialah pra-sekolah di sebuah sekolah rendah dekat Melaka(kira sama tempatlah ni)waktu tu umur aku 6 tahun.Ingat lagi masa mak aku kejut pagi2 buta waktu kali pertama aku pergi tadika ni,gila ahh mengantuknyer.


Macam budak2 lain,yep aku menangis bila mak aku nak balik(ya Allah malunya) :p nak taknak mak aku kenalah duduk tunggu aku balik sekolah(lama gak benda ni berlaku) sebelum akhirnya aku berani gak duduk sekolah tanpa mak aku teman.


Tapi kat tadika ni rasanya takdelah belajar sangat,makan jer lebih =) (tu yg syok) dan diakui akulah budak yg paling kuat menangis kat tadika(ceh lembik betul aku ni time tu)


Selepas setahun,aku berjaya gak habiskan tadika dan mendapat sijil first aku-sijil apa lagi,sijil tadikalah hahaha. Oh ya,cikgu tadika aku tu namanya Cikgu Marsilah(beso orangnya)dan dia memang sayang kat semua pelajar dia(dia ni dulu pernah ada seorang anak lelaki tapi meninggal sebab demam panas,lepas tu dia tak mengandung lagi dan xde anak lelaki).


Lepas tu bermulalah era zaman sekolah rendah aku,(macam2 peristiwa aku alami yg kelako,yg xbest,xsenonoh dan sebagainya) dan kawan pun makin bertambah


Waktu sekolah rendah,aku aktif gak dgn persembahan drama dan sebagainya,lakonan,drama dll,bab sukan pulak biasa jer,aku main sepak takraw ngan bola tampar.


Tapi paling aku xboleh lupa waktu aku berenang dlm kolam ikan sekolah(nakal bebudak lah katakan),nasib baik xkena tangkap wahahaha,oh ya waktu aku kat sekolah rendah aku ni lurus orangnya jadi selalulah kena buli(isk sedihnya)tapi time tu kalau bebudak buli aku,bukannya aku paham pun yg aku kena buli. (senang citer lurus bendul ah)


Time kat sekolah rendah,aku kira antara pelajar cerdik gak ah,selalu naik pentas terima hadiah masa hari penyampaian hadiah,khususnya bahasa Inggeris(riak tak bunyinya hahaha)


Matapelajaran yg aku paling aku xsuka time tu kemahiran hidup(time buat kerja pertukangan mesti aku mintak tolong kawan aku)dan kesannya sampai sekarang bila bab handymanwork aku terkial2 (ish menyesal betul dulu xminat buat semua ni)


Ok,kenangan first aku kena tampar bila aku darjah enam bila aku ditampar dgn seorang cikgu lembut(lembut2 pun tampar aku berpinar gak kepala ni) yang sebabnya cuma pergi tempat lain bila nampak cikgu ni,ramai gak yg kena takdelah aku malu sangat.


Lepas aku habis sekolah rendah,ngan result UPSR yg tah apa2,aku masuk sekolah menengah,masa form 1,aku masuk kelas rancangan khas 2,kelas utk budak2 pandai,waktu ni aku masih minat nak belajar dan nak jadi pelajar cemerlang hehehe,lepas tu masa aku form 2

aku masuk kelas rancangan khas1(kelas pertama)dan time nilah aku melihat bagaimana susah nak bergaul budak2 pandai yg hanya bergaul ngan budak2 pandai sahaja dan ni terus membunuh semangat nak belajar aku dan juga sikap guru2 aku time tu,memandang rendah kat budak yg miskin dan xberapa pandai terus melenyapkan sifat nak belajar aku,dan ni menyebabkan aku dlm kemurungan hingga aku susah nak bercakap dan akibatnya budak kelas lain cakap aku sombong, apalah diorang ni sedih aku :(


Masa aku form3,Aku terus turun kelas,kembali semula ke rancangan khas2,dan time tu aku bertekad nak belajar balik tapi memandangkan masa form2 aku dah xminat belajar maka masa form 3 aku terkapar2 dan faktor lain macam susah nak berkawan,pengaruh rakan yg negatif,pandangan kawan2 yg ingat aku ni sombong menyebabkan sekali lagi aku xminat belajar dan ada gak ustazah ni memang xsuka aku,asyik cari salah aku jer hampeh tul dan pernah sekali dia hempuk kepala aku ngan buku sebab xhantar kerja rumah dia. Lepas tu aku habiskan form3 dan result PMR aku biasa jer.


Kemudiannya aku naik ke form4,dan time nilah aku mula belajar tidur dalam kelas,ponteng sekolah/kelas,tapi rokok aku xhisap walaupun time tu hati aku nak cuba hisap tapi aku lawankan jugak sebab time tu aku takde duit dan aku cukup takut kalau kantoi ngan mak aku,silap2 kena bakar mulut aku ni.Time tu aku memang jarang gi sekolah sebaliknya aku gi cybercafe main game,nak enjoy jer time tu dan memang jaranglah nampak muka aku kat sekolah dan pihak sekolah pun hantar surat amaran kat mak aku,marah betul mak aku time tu tapi aku buat bodoh jer.


Masuk form5, minat nak belajar tu adalah timbul sikit2 dan aku ada kawan2 yg alhamdulillah memang best walaupun xramai,tapi macam mana pun aku tetap jarang hadir ke sekolah sebab aku nak main game,tapi macam mana pun aku tetap ada niat nak belajar,tapi maklumlah masa form4 main jer tahunya,masa form 5 tak ke hancur dan sekali lagi sekolah hantar surat amaran dekat mak aku,tapi maklumlah aku fikir aku dah beso time tu jadi aku buat xdengar jer nasihat mak aku.Tapi kalau ada kelas tambahan aku gi jugak kerana 2 sebab ni,yg pertama sebab cikgu dia garang dan yg kedua aku pergi kalau aku ada mood.Sedar tak sedar aku pun periksa SPM,sempatlah jugak aku study sikit2 dan alhamdullilah takdelah aku failed SPM kecuali failed kira2 math,math tambahan,dan prinsip akaun,


Ok setakat ni jer lah coretan persekolahan aku,

Wasalam

by:MIJI