Okey,agak lama gak tak update blog ni,sebab bukan kerana xde masa tapi pasal xde story :(
Jadi fikir punya fikir,saya pun decide nak kongsi keceriaan dan keseronokkan tentang AJL 23 baru2 ni,saya memang minat musik khususnya musik rock and my favourite artist is Faizal tahir.Saya tengok AJL 23 ni kat tv jer,jauh tu kalau nak pergi sana.
Tahniah.....kepada Faizal Superman@Faizal tahir kerana berjaya mengondol anugerah bagi 3 kategori di AJL 23,yep a big congrats to him.Saya memang minat penyanyi ni kerana dia antara penyanyi berbakat besar di Malaysia ni,amat jarang melihat penyanyi rock solo yg berjaya dan terus bernafas sekarang ni,boleh namakan seorang penyayi rock solo baru yang terus bertahan sehingga kini?(selain daripada fiq mentor)
Honestly,saya lebih suka lagu "coba" berbanding lagu "sampai syurga" tapi nampak sangat malam tu yang Faizal lebih concerntrate kepada lagu "Sampai Syurga"berbanding lagu"Coba"tapi xpelah sebab kedua2nya pun sedap. :P
Tapi malam tu,MUH memang umph... MUH tu apa agaknya yer? yes that's right it is Meet Uncle Hassan eh silap Hussein :) terutama time penyanyi utama band ni tarik suara,gempak uu... long live indie band,memang layak diorang menang AJL,serius beb.
Okey,tu yg best tapi ada jugak yg xbest bagi saya waktu tengok anugerah lagu ni,cth kpd pengacaranya Faizal Ismail,x dinafikan dia memang seorang pengacara yg hebat tapi malam tu adakalanya lawak dia cam syok sendiri jer,x caya cuba tengok lagi sekali AJL 23 ,gerenti korang pun setuju,saya pun xdelah nak cakap yg dia ni teruk sangat cuma nak bagi kritikan yg membina jer,tak salahkan? mungkin lepas ni,Faizal Ismail akan lebih maju dan cemerlang,insya-Allah.
Last but not least,harap2 lepas ni Faizal tahir akan terus menyanyikan lagu2 yg menaikkan semangat cam lagu gemuruh tu,definitely it will be a killer song,saya pun kalau time2 rasa cam lemah jer jiwa ni mesti akan dengar lagu Faizal ni supaya kembali bermotivated,saya percaya semua orang ada lagu masing2 yang mampu memberi semangat kepda diri untuk bangkit semula,betul x?
semoga sukses selalu,insya Alllah,
wasalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan