Isnin, 12 Januari 2009

DAPAT LESEN P




Salam,akhirnya saya berjaya mendapat lesen"p" setelah hampir 2bulan mengikuti latihan motor.Akhirnya setelah mengikuti latihan yg lama dan dimarah dengan secukupnya,alhamdullilah saya berjaya.Mungkin jika ada yg baca/terbaca blog ni cakap "apa nak kecoh,baru dapat lesen motor," tetapi memang saya happy sangat sebab saya bukanlah seorang yg expert dgn motor ni sebaliknya baru sahaja belajar membawanya dan terus pergi ambil lesen,jadi ianya satu kejayaan peribadi bagi saya kerana saya dah berjaya mencapai salah satu matlamat saya dalam tahun ni, :)




Jadi lepas ni,bolehlah saya membawa kawan saya naik motorsikal saya(cam gambar di atas) tanpa merasa bimbang disaman lagi,tapi xbolehlah selalu bagi tumpang,bahaya.




Okey,jadi nak cerita sikit masa pergi ambil lesen ni,(utk kali kedua) :P,punyalah ramai orang time tu,lebih kurang 60 org sebab saya punya nombor giliran,nombor 63,jadi ingatkan saya kena beratur lama tapi rupa2nya sesiapa yg gagal bahagian 3 masa first time ,kena buat dahulu,jadi saya orang kedualah yg buat test ni,berdebar jugak time tu tapi,alhamdulillah berjaya gak diatasi rasa gemuruh ni,saya buat tak lama 4minit jer,pukul 9.04 am start,pukul 9.08 dah habis,masa habis tu dan nak pergi ambil result,menggigil kejap tangan ni,:)




Bila tengok result lulus,rasa lega sangat,xpayahlah kena ambil lagi sekali.Insya-allah lepas ni saya akan belajar membawa kereta pula,bila tu?saya tak pasti tapi saya percaya satu hari nanti saya tetap akan dapat lesen kereta pula,insya-Allah.



Tiada ulasan: