Selasa, 10 Mac 2009

Apabila tersalah cakap

Salam sukses,

lama dah blog ni xdi-update,dah bersawang lah jugak blog ni yer :)
Ok,hari ni nak kongsi pengalaman yang dimana saya kena marah kerana tersalah cakap.

Pengalaman 1,-kena marah dgn Cikgu B.Melayu

Baru2 ni saya kena marah dgn seorang cikgu saya-Cikgu B.Melayu kerana gaya percakapan saya,citer dier cam ni,waktu tu tgh kelas cikgu ni,saya pula duduk dekat tempat yg agak belakang jugak dgn keadaan yg amat mengantuk,lepas tu Cikgu ni tanya sesiapa yg tak faham,sila angkat tangan dan entah cammana,Cikgu ni ingat saya angkat tangan sedangkan hakikatnya saya xpun angakt tangan,apa lagi Cikgu ni tanyalah saya apa yg saya tak faham,saya jawab saya xde pun angkat tangan dan entah kenapa Cikgu ni jadi emosional bila saya cakap camtu dan cuba nak menampar saya tetapi berjaya dihalang saya,yelah dah saya xsalah takkan nak biar diri kena tampar camtu jer,ye tak? :)

Lepas tu,saya cuba menerangkan keadaan sebenar kpd cikgu ni tapi xdilayan malah dia cakap yg saya ni sgt kurang ajar dan xpernah jumpa murid cam saya ni,tetapi benda ni xlama sebab lepas tu saya jumpa cikgu ni bila dah habis kelas dan cuba menerangkan keadaan sebenar kpd cikgu ni,allhamdullilah benda ni setel apabila saya dan cikgu ni mengaku akan kesilapan masing-masing. :)

Pengalaman 2-kena marah dgn Makcik kantin

Ok,yg ni pengalaman yg agak kelakar bagi saya sebab kena marah dgn Makcik kantin,bunyi dier pun dah kelakar btul x?

Citer dier simple jer,time tu ialah time rehat dan saya dgn seorang kawan saya pun pergilah ke kantin nak beli makanan,waktu nak bayar saya bagilah duit rm10 sebab saya xde duit kecil dan makcik ni suruh saya makan dulu sebab dier xde duit baki,tapi saya cakap xbolehlah camtu sebab saya risau kalau2 makcik ni lupa nak bayar bila dah sibuk nak melayan pelanggan lain,sekali makcik ni marah saya sebab xpercaya kat dia,apa lagi terkejutlah saya dgn cara makcik kantin ni,nasib baik saya boleh lagi tahan sabar time tu,kalau tak dah lama saya mengamuk kat makcik tu, tetapi nasib baik benda ni habis camtu jer bila makcik ni dpt cari duit baki saya,lepas ni malas saya nak beli kat makcik ni lagi, dah serik. :)

Orait tulah pengalaman saya kena marah,agak2 korang dlm 2 pengalaman tersebut siapa salah?

Ahad, 25 Januari 2009

AJL KE 23-Tahniah kepada Superman &Pakcik Hussein











Okey,agak lama gak tak update blog ni,sebab bukan kerana xde masa tapi pasal xde story :(



Jadi fikir punya fikir,saya pun decide nak kongsi keceriaan dan keseronokkan tentang AJL 23 baru2 ni,saya memang minat musik khususnya musik rock and my favourite artist is Faizal tahir.Saya tengok AJL 23 ni kat tv jer,jauh tu kalau nak pergi sana.





Tahniah.....kepada Faizal Superman@Faizal tahir kerana berjaya mengondol anugerah bagi 3 kategori di AJL 23,yep a big congrats to him.Saya memang minat penyanyi ni kerana dia antara penyanyi berbakat besar di Malaysia ni,amat jarang melihat penyanyi rock solo yg berjaya dan terus bernafas sekarang ni,boleh namakan seorang penyayi rock solo baru yang terus bertahan sehingga kini?(selain daripada fiq mentor)




Honestly,saya lebih suka lagu "coba" berbanding lagu "sampai syurga" tapi nampak sangat malam tu yang Faizal lebih concerntrate kepada lagu "Sampai Syurga"berbanding lagu"Coba"tapi xpelah sebab kedua2nya pun sedap. :P



Tapi malam tu,MUH memang umph... MUH tu apa agaknya yer? yes that's right it is Meet Uncle Hassan eh silap Hussein :) terutama time penyanyi utama band ni tarik suara,gempak uu... long live indie band,memang layak diorang menang AJL,serius beb.



Okey,tu yg best tapi ada jugak yg xbest bagi saya waktu tengok anugerah lagu ni,cth kpd pengacaranya Faizal Ismail,x dinafikan dia memang seorang pengacara yg hebat tapi malam tu adakalanya lawak dia cam syok sendiri jer,x caya cuba tengok lagi sekali AJL 23 ,gerenti korang pun setuju,saya pun xdelah nak cakap yg dia ni teruk sangat cuma nak bagi kritikan yg membina jer,tak salahkan? mungkin lepas ni,Faizal Ismail akan lebih maju dan cemerlang,insya-Allah.


Last but not least,harap2 lepas ni Faizal tahir akan terus menyanyikan lagu2 yg menaikkan semangat cam lagu gemuruh tu,definitely it will be a killer song,saya pun kalau time2 rasa cam lemah jer jiwa ni mesti akan dengar lagu Faizal ni supaya kembali bermotivated,saya percaya semua orang ada lagu masing2 yang mampu memberi semangat kepda diri untuk bangkit semula,betul x?






semoga sukses selalu,insya Alllah,



wasalam

Isnin, 12 Januari 2009

DAPAT LESEN P




Salam,akhirnya saya berjaya mendapat lesen"p" setelah hampir 2bulan mengikuti latihan motor.Akhirnya setelah mengikuti latihan yg lama dan dimarah dengan secukupnya,alhamdullilah saya berjaya.Mungkin jika ada yg baca/terbaca blog ni cakap "apa nak kecoh,baru dapat lesen motor," tetapi memang saya happy sangat sebab saya bukanlah seorang yg expert dgn motor ni sebaliknya baru sahaja belajar membawanya dan terus pergi ambil lesen,jadi ianya satu kejayaan peribadi bagi saya kerana saya dah berjaya mencapai salah satu matlamat saya dalam tahun ni, :)




Jadi lepas ni,bolehlah saya membawa kawan saya naik motorsikal saya(cam gambar di atas) tanpa merasa bimbang disaman lagi,tapi xbolehlah selalu bagi tumpang,bahaya.




Okey,jadi nak cerita sikit masa pergi ambil lesen ni,(utk kali kedua) :P,punyalah ramai orang time tu,lebih kurang 60 org sebab saya punya nombor giliran,nombor 63,jadi ingatkan saya kena beratur lama tapi rupa2nya sesiapa yg gagal bahagian 3 masa first time ,kena buat dahulu,jadi saya orang kedualah yg buat test ni,berdebar jugak time tu tapi,alhamdulillah berjaya gak diatasi rasa gemuruh ni,saya buat tak lama 4minit jer,pukul 9.04 am start,pukul 9.08 dah habis,masa habis tu dan nak pergi ambil result,menggigil kejap tangan ni,:)




Bila tengok result lulus,rasa lega sangat,xpayahlah kena ambil lagi sekali.Insya-allah lepas ni saya akan belajar membawa kereta pula,bila tu?saya tak pasti tapi saya percaya satu hari nanti saya tetap akan dapat lesen kereta pula,insya-Allah.



Jumaat, 2 Januari 2009

Cerita alam sekolahku


Salam, xlama lagi sekolah akan dibuka,(waah tidak!!!)x puas cuti lagi ni :)


Ok,kali nak kongsi sikit cerita pasal zaman persekolahanku


Yep,sekolah first yg aku masuk ialah pra-sekolah di sebuah sekolah rendah dekat Melaka(kira sama tempatlah ni)waktu tu umur aku 6 tahun.Ingat lagi masa mak aku kejut pagi2 buta waktu kali pertama aku pergi tadika ni,gila ahh mengantuknyer.


Macam budak2 lain,yep aku menangis bila mak aku nak balik(ya Allah malunya) :p nak taknak mak aku kenalah duduk tunggu aku balik sekolah(lama gak benda ni berlaku) sebelum akhirnya aku berani gak duduk sekolah tanpa mak aku teman.


Tapi kat tadika ni rasanya takdelah belajar sangat,makan jer lebih =) (tu yg syok) dan diakui akulah budak yg paling kuat menangis kat tadika(ceh lembik betul aku ni time tu)


Selepas setahun,aku berjaya gak habiskan tadika dan mendapat sijil first aku-sijil apa lagi,sijil tadikalah hahaha. Oh ya,cikgu tadika aku tu namanya Cikgu Marsilah(beso orangnya)dan dia memang sayang kat semua pelajar dia(dia ni dulu pernah ada seorang anak lelaki tapi meninggal sebab demam panas,lepas tu dia tak mengandung lagi dan xde anak lelaki).


Lepas tu bermulalah era zaman sekolah rendah aku,(macam2 peristiwa aku alami yg kelako,yg xbest,xsenonoh dan sebagainya) dan kawan pun makin bertambah


Waktu sekolah rendah,aku aktif gak dgn persembahan drama dan sebagainya,lakonan,drama dll,bab sukan pulak biasa jer,aku main sepak takraw ngan bola tampar.


Tapi paling aku xboleh lupa waktu aku berenang dlm kolam ikan sekolah(nakal bebudak lah katakan),nasib baik xkena tangkap wahahaha,oh ya waktu aku kat sekolah rendah aku ni lurus orangnya jadi selalulah kena buli(isk sedihnya)tapi time tu kalau bebudak buli aku,bukannya aku paham pun yg aku kena buli. (senang citer lurus bendul ah)


Time kat sekolah rendah,aku kira antara pelajar cerdik gak ah,selalu naik pentas terima hadiah masa hari penyampaian hadiah,khususnya bahasa Inggeris(riak tak bunyinya hahaha)


Matapelajaran yg aku paling aku xsuka time tu kemahiran hidup(time buat kerja pertukangan mesti aku mintak tolong kawan aku)dan kesannya sampai sekarang bila bab handymanwork aku terkial2 (ish menyesal betul dulu xminat buat semua ni)


Ok,kenangan first aku kena tampar bila aku darjah enam bila aku ditampar dgn seorang cikgu lembut(lembut2 pun tampar aku berpinar gak kepala ni) yang sebabnya cuma pergi tempat lain bila nampak cikgu ni,ramai gak yg kena takdelah aku malu sangat.


Lepas aku habis sekolah rendah,ngan result UPSR yg tah apa2,aku masuk sekolah menengah,masa form 1,aku masuk kelas rancangan khas 2,kelas utk budak2 pandai,waktu ni aku masih minat nak belajar dan nak jadi pelajar cemerlang hehehe,lepas tu masa aku form 2

aku masuk kelas rancangan khas1(kelas pertama)dan time nilah aku melihat bagaimana susah nak bergaul budak2 pandai yg hanya bergaul ngan budak2 pandai sahaja dan ni terus membunuh semangat nak belajar aku dan juga sikap guru2 aku time tu,memandang rendah kat budak yg miskin dan xberapa pandai terus melenyapkan sifat nak belajar aku,dan ni menyebabkan aku dlm kemurungan hingga aku susah nak bercakap dan akibatnya budak kelas lain cakap aku sombong, apalah diorang ni sedih aku :(


Masa aku form3,Aku terus turun kelas,kembali semula ke rancangan khas2,dan time tu aku bertekad nak belajar balik tapi memandangkan masa form2 aku dah xminat belajar maka masa form 3 aku terkapar2 dan faktor lain macam susah nak berkawan,pengaruh rakan yg negatif,pandangan kawan2 yg ingat aku ni sombong menyebabkan sekali lagi aku xminat belajar dan ada gak ustazah ni memang xsuka aku,asyik cari salah aku jer hampeh tul dan pernah sekali dia hempuk kepala aku ngan buku sebab xhantar kerja rumah dia. Lepas tu aku habiskan form3 dan result PMR aku biasa jer.


Kemudiannya aku naik ke form4,dan time nilah aku mula belajar tidur dalam kelas,ponteng sekolah/kelas,tapi rokok aku xhisap walaupun time tu hati aku nak cuba hisap tapi aku lawankan jugak sebab time tu aku takde duit dan aku cukup takut kalau kantoi ngan mak aku,silap2 kena bakar mulut aku ni.Time tu aku memang jarang gi sekolah sebaliknya aku gi cybercafe main game,nak enjoy jer time tu dan memang jaranglah nampak muka aku kat sekolah dan pihak sekolah pun hantar surat amaran kat mak aku,marah betul mak aku time tu tapi aku buat bodoh jer.


Masuk form5, minat nak belajar tu adalah timbul sikit2 dan aku ada kawan2 yg alhamdulillah memang best walaupun xramai,tapi macam mana pun aku tetap jarang hadir ke sekolah sebab aku nak main game,tapi macam mana pun aku tetap ada niat nak belajar,tapi maklumlah masa form4 main jer tahunya,masa form 5 tak ke hancur dan sekali lagi sekolah hantar surat amaran dekat mak aku,tapi maklumlah aku fikir aku dah beso time tu jadi aku buat xdengar jer nasihat mak aku.Tapi kalau ada kelas tambahan aku gi jugak kerana 2 sebab ni,yg pertama sebab cikgu dia garang dan yg kedua aku pergi kalau aku ada mood.Sedar tak sedar aku pun periksa SPM,sempatlah jugak aku study sikit2 dan alhamdullilah takdelah aku failed SPM kecuali failed kira2 math,math tambahan,dan prinsip akaun,


Ok setakat ni jer lah coretan persekolahan aku,

Wasalam

by:MIJI

Rabu, 31 Disember 2008

SALAM TAHUN BARU


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009




Ok,nampaknya 2008 dah meninggalkan kita,dan bermulalah tahun 2009,so sekarang ni ramailah yg tengah pasang azam baru,nak berhenti merokoklah,nak kurus,nak jadi kaya,dan macam2 lagilah(harapnya tercapailah azam kita semua nanti insya-Allah)


aku pun ada macam2 azam sempena tahun baru ni,khususnya dlm mendalami ilmu2 perniagaan internet ni,semoga aku berada di landasan yg betul, amin :)


Bercerita pasal tahun 2009 ni,ramai yg dah tahu bahawa tahun ni merupakan tahun yg akan mencabar khususnya dari segi ekonomi,di mana kerajaan telah mengeluarkan arahan agar rakyat mengamalkan sifat jimat-cermat di dalam urusan perbelanjaan seharian,dan terdapat juga berita yg kurang menyenangkan spt pemberhentian kerja,kenaikan harga barang yg masih gagal dikawal dan sebagainya.


Oleh itu,kini terpulanglah kepada kita utk menempuh cabaran ini sambil memikirkan langkah2 yg sewajarnya agar kemelut ini dpt ditangani dgn bijak spt pengurangan aktiviti membeli-belah,membeli benda keperluan,penjimatan tenaga eletrik dan sebagainya,tetapi bagu aku tindakan yg patut dilakukan ketika ini ialah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan/bekerja sambilan utk menampung perbelanjaan. (ini pandangan akulah)terpulanglah kat korang nak ikut ke tak. =)


Ok last but not least,harapnya sinar 2009 ini nanti menjadikan kita insan yg lebih baik daripda tahun2 sebelumnya,insya-Allah


Salam tahun baru 2009 :)


by:Miji

Khamis, 18 Disember 2008

NAK PERGI TEST MOTOR


Salam,baru jer habis belajar motor dan lepas ni nak pergi pra-test lepas tu test jpj pulak,hmm..walaupun xberapa nak cekap tapi belasah jer,pergi jer test kalau x sampai bila2 pun x dapat P,aku bukanlah nak mengutuk tempat aku belajar ni,tapi nasihat aku kalau nak pergi ambik lesen pastikan tempat tu memang efisyen dan tersusun xmacam tempat aku pergi ni,walaupun harga dia murah tapi pengurusan dekat sini,hmm azab betul,aku bukan cakap kosong tapi masa aku borak2 dengan kawan2 aku,diorang semua pelik dengan tempat aku ni sebab kebiasaannya kalau kita belajar motor,kita x ade time yang tetap,just datang,belajar motor xkira berapa jam kita nak,tapi kat tempat aku ni,lain ada masa dan yang lebih menyakitkan hati kalau pergi dekat pejabat cakap belajar satu jam tapi masa sebenar yang diajarkan tak sampai pun 20 minit,hampeh betul,



Aku bukanlah nak mintak layanan kelas satu,tapi kalau korang pergi sini pun akan terasa kebenaran cakap/tulisan aku ni.Tapi abang yang ajar motor memang bagus sebab dia akan ajar sampai paham cuma dia terlalu cerewet sangat,hmm takpelah.apapun thanks sebab sudi ajar aku,thanks bro.Oh ya,aku lupa nak cakap bahawa tempat ni dulu memang yang murah tapi sekarang lagi murah,xtaulah kenapa dia murahkan,tapi member aku cakap bos syarikat ni terpaksa buat macam tu kerana tempat ni semakin kurang orang akibat ketidakefisyen tempat ni dan infrastruktur yang ...(paham2 sendirilah) :)




Apapun,nasihat aku kalau nak pergi ambik lesen pastikan yang korang memang dah cekap bawak motor sebab kita datang nak ambik lesen bukan nak belajar motor,dan kalau korang nak tahu tempat yang aku cakap ni ialah tempat memandu yang termurahlah dekat Melaka,oleh itu lebih baik pergi tempat yang mahal sedikit tapi puas hati,jangan jadi cam aku,nak murah punya pasal last2 hati sakit... :)



Sekian...

Rabu, 17 Disember 2008

JALAN-JALAN CARI GAME PS2




Salam,baru2 ni aku dengan member pergi jalan2 di shopping kompleks(sajer jer jalan2,bukan pergi shopping pun).Tujuan kitorang bukannya apa sangat pun,member aku cuma nak tukar cd game dia jer,aku pulak nak beli cd game baru,(wow bestnyer)



Time jenjalan tu,adalah polis tengah buat road-block,tapi kali ni lain sikit sebab dia tahan kereta,selalunya diaorang ni chek motor jer,jadi berderet kereta kena tahan,jem lah kejap,tapi sebab kawan aku ni terer cilok,takdelah terasa sangat :)




Dipendekkan cerita,kitorang sampailah lat shopping kompleks tu,time tu tak lah ramai sangat orang,maka sekejap jer kitorang beli cd game,tapi sempatlah jugak round2 tengok kedai game lain,punyalah banyak kedai masuk tapi satu pun tak beli :)



Sebelum nak balik,aku dengan kawan aku ni pusing2 kat shoping kompleks,semua tempat kitorang jalan tak kira sama ada tempat jual baju lelaki keperempuan ke,belasah jer sampai tempat mainan kanak-kanak,wow dahsyat betul harga mainan bebudak ni yer,satu jer dah berpuluh ringgit.



Tapi yang penting,aku dah beli game idaman aku,PES 2009,Fifa Manager dan WWF 2009,banyak syok ooo....