Rabu, 31 Disember 2008

SALAM TAHUN BARU


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009




Ok,nampaknya 2008 dah meninggalkan kita,dan bermulalah tahun 2009,so sekarang ni ramailah yg tengah pasang azam baru,nak berhenti merokoklah,nak kurus,nak jadi kaya,dan macam2 lagilah(harapnya tercapailah azam kita semua nanti insya-Allah)


aku pun ada macam2 azam sempena tahun baru ni,khususnya dlm mendalami ilmu2 perniagaan internet ni,semoga aku berada di landasan yg betul, amin :)


Bercerita pasal tahun 2009 ni,ramai yg dah tahu bahawa tahun ni merupakan tahun yg akan mencabar khususnya dari segi ekonomi,di mana kerajaan telah mengeluarkan arahan agar rakyat mengamalkan sifat jimat-cermat di dalam urusan perbelanjaan seharian,dan terdapat juga berita yg kurang menyenangkan spt pemberhentian kerja,kenaikan harga barang yg masih gagal dikawal dan sebagainya.


Oleh itu,kini terpulanglah kepada kita utk menempuh cabaran ini sambil memikirkan langkah2 yg sewajarnya agar kemelut ini dpt ditangani dgn bijak spt pengurangan aktiviti membeli-belah,membeli benda keperluan,penjimatan tenaga eletrik dan sebagainya,tetapi bagu aku tindakan yg patut dilakukan ketika ini ialah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan/bekerja sambilan utk menampung perbelanjaan. (ini pandangan akulah)terpulanglah kat korang nak ikut ke tak. =)


Ok last but not least,harapnya sinar 2009 ini nanti menjadikan kita insan yg lebih baik daripda tahun2 sebelumnya,insya-Allah


Salam tahun baru 2009 :)


by:Miji

Tiada ulasan: