Sabtu, 13 Disember 2008

Komik dan Aku













Salam,kepada sesiapa yang terbaca blog ni,pasti pernah tengok atau tertengok lambakan komik tak kira komik Malaysia atau komik luar negara di kedai2 buku di Malaysia kan?Jadi kali ni nak cerita sikit pengaruh komik ni dalam hidup aku.












Aku pun minat baca komik ni,(start baca waktu darjah 3)dan komik yang first aku baca ialah majalah Ujang(waktu ni komik ni memang kelakar abis la ni dah kurang sedikit) semua ni sebab aku terpengaruh dengan hobi abang aku yang memang gila komik :)





Lepas tu,muncul pula kegilaan komik dari Hong Kong cth macam Jejak Wira,Sang Harimau Kumbang,Dewata Raya dan macam2 lagi(yang famous waktu tu karya Tony Wong la),aku waktu tu budak sekolah rendah lagi,tapi aku dapat baca jugak sebab abang aku memang banyak kumpul komik ni,aku baca free je.(ialah budak sekolah lagi,mana ada duit nak beli komik cam ni)


Aku kemudiannya mula baca komik dari Jepun,komik Jepun yang popular dekat Malaysia waktu tu ialah Dragon Ball(peh lama betul komik ni sampai dah jadi legend),aku ingat lagi pernah ponteng kelas tusiyen sebab nak tengok cerita Dragon Ball ni kat tv.Lepas tu komik Jepun yang aku baca ialah Slam Dunk,ni antara komik sukan yang aku suka,dan sebab terlalu minat kat cerita komik ni,terus aku berminat nak main sukan basketball,first time aku main basketball waku abang aku ajak,best ooo(tapi aku main langsung xfaham peraturan dia)lepas tu industri komik Jepun kat Malaysia terus berkembang cth seperi komik GTO(yang ni aku xsuka sangat baca)dan sekarang antaranya ialah Naruto,Bleach,Detective Conan,Eyeshield 21(favourite aku sekarang ni) dan macam2 lagilah.


Manakala komik negara barat pulak aku jarang sangat baca,sebab dahlah harga dia mahal dan lepas tu dalam bahasa inggeris pulak tu(ialah time tu sekolah rendah lagi,mana faham sangat bahasa inggeris),hmm..komik barat yang aku tahu pun macam Spider-man,Superman,Batman,Cicak-man(eh!ni komik Malaysia lah sorry)












Komik favourite aku sekarang ni-Eyeshield 21





Oh ya,bila sebut tentang komik Malaysia ni,aku sedih sikit sebab kebanyakan komik gagal bersaing,cth macam Anak-Anak Sidek,dulu memang popular lah komik ni sampai dijadikan animasi tv sebaris dengan animasi tempatan yang lain waktu tu,cth Usop Sontorian,tapi lepas tu makin hilang(hmm sedih gak), tapi masih ada lagi komik tempatan yang masih bertahan sampai sekarang seperti Ujang,Gempak dll lagi.Aku ada gak kumpul komik cam ni cth macam Lawak Kampus(terbitan Gempak kalau xsilap),Ujang(dululah sekarang dah stop).Tapi sekarang komik tempatan yang baru ialah Cicak-man(terbitan KRU)dan satu lagi komik cam Kreko(nama komik ni aku lupa lak),harap2 industri komik tempatan dapat berkembang dan bersaing dengan komik2 luar negara hingga ke tahap antarabangsa lah.



Orait,begitulah lebih kurang cerita komik dalam hidup aku,sajer jer nak kongsikan sebab aku percaya ramai gak remaja luar sana yang minat baca komik cam aku,tapi bagi aku kalau nak baca komik ni tak salah tapi kenalah pandai2 bahagi masa terhadap benda2 lain tak bolehlah nak obses sangat kat komik ni sampai study ker apa ke terganggu(ceh..nasihat orang nampak diri sendiri 2x5 gak)










1 ulasan:

david santos berkata...

Excellent cards! Congratulations!!!