Rabu, 31 Disember 2008

SALAM TAHUN BARU


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009




Ok,nampaknya 2008 dah meninggalkan kita,dan bermulalah tahun 2009,so sekarang ni ramailah yg tengah pasang azam baru,nak berhenti merokoklah,nak kurus,nak jadi kaya,dan macam2 lagilah(harapnya tercapailah azam kita semua nanti insya-Allah)


aku pun ada macam2 azam sempena tahun baru ni,khususnya dlm mendalami ilmu2 perniagaan internet ni,semoga aku berada di landasan yg betul, amin :)


Bercerita pasal tahun 2009 ni,ramai yg dah tahu bahawa tahun ni merupakan tahun yg akan mencabar khususnya dari segi ekonomi,di mana kerajaan telah mengeluarkan arahan agar rakyat mengamalkan sifat jimat-cermat di dalam urusan perbelanjaan seharian,dan terdapat juga berita yg kurang menyenangkan spt pemberhentian kerja,kenaikan harga barang yg masih gagal dikawal dan sebagainya.


Oleh itu,kini terpulanglah kepada kita utk menempuh cabaran ini sambil memikirkan langkah2 yg sewajarnya agar kemelut ini dpt ditangani dgn bijak spt pengurangan aktiviti membeli-belah,membeli benda keperluan,penjimatan tenaga eletrik dan sebagainya,tetapi bagu aku tindakan yg patut dilakukan ketika ini ialah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan/bekerja sambilan utk menampung perbelanjaan. (ini pandangan akulah)terpulanglah kat korang nak ikut ke tak. =)


Ok last but not least,harapnya sinar 2009 ini nanti menjadikan kita insan yg lebih baik daripda tahun2 sebelumnya,insya-Allah


Salam tahun baru 2009 :)


by:Miji

Khamis, 18 Disember 2008

NAK PERGI TEST MOTOR


Salam,baru jer habis belajar motor dan lepas ni nak pergi pra-test lepas tu test jpj pulak,hmm..walaupun xberapa nak cekap tapi belasah jer,pergi jer test kalau x sampai bila2 pun x dapat P,aku bukanlah nak mengutuk tempat aku belajar ni,tapi nasihat aku kalau nak pergi ambik lesen pastikan tempat tu memang efisyen dan tersusun xmacam tempat aku pergi ni,walaupun harga dia murah tapi pengurusan dekat sini,hmm azab betul,aku bukan cakap kosong tapi masa aku borak2 dengan kawan2 aku,diorang semua pelik dengan tempat aku ni sebab kebiasaannya kalau kita belajar motor,kita x ade time yang tetap,just datang,belajar motor xkira berapa jam kita nak,tapi kat tempat aku ni,lain ada masa dan yang lebih menyakitkan hati kalau pergi dekat pejabat cakap belajar satu jam tapi masa sebenar yang diajarkan tak sampai pun 20 minit,hampeh betul,



Aku bukanlah nak mintak layanan kelas satu,tapi kalau korang pergi sini pun akan terasa kebenaran cakap/tulisan aku ni.Tapi abang yang ajar motor memang bagus sebab dia akan ajar sampai paham cuma dia terlalu cerewet sangat,hmm takpelah.apapun thanks sebab sudi ajar aku,thanks bro.Oh ya,aku lupa nak cakap bahawa tempat ni dulu memang yang murah tapi sekarang lagi murah,xtaulah kenapa dia murahkan,tapi member aku cakap bos syarikat ni terpaksa buat macam tu kerana tempat ni semakin kurang orang akibat ketidakefisyen tempat ni dan infrastruktur yang ...(paham2 sendirilah) :)




Apapun,nasihat aku kalau nak pergi ambik lesen pastikan yang korang memang dah cekap bawak motor sebab kita datang nak ambik lesen bukan nak belajar motor,dan kalau korang nak tahu tempat yang aku cakap ni ialah tempat memandu yang termurahlah dekat Melaka,oleh itu lebih baik pergi tempat yang mahal sedikit tapi puas hati,jangan jadi cam aku,nak murah punya pasal last2 hati sakit... :)



Sekian...

Rabu, 17 Disember 2008

JALAN-JALAN CARI GAME PS2




Salam,baru2 ni aku dengan member pergi jalan2 di shopping kompleks(sajer jer jalan2,bukan pergi shopping pun).Tujuan kitorang bukannya apa sangat pun,member aku cuma nak tukar cd game dia jer,aku pulak nak beli cd game baru,(wow bestnyer)



Time jenjalan tu,adalah polis tengah buat road-block,tapi kali ni lain sikit sebab dia tahan kereta,selalunya diaorang ni chek motor jer,jadi berderet kereta kena tahan,jem lah kejap,tapi sebab kawan aku ni terer cilok,takdelah terasa sangat :)




Dipendekkan cerita,kitorang sampailah lat shopping kompleks tu,time tu tak lah ramai sangat orang,maka sekejap jer kitorang beli cd game,tapi sempatlah jugak round2 tengok kedai game lain,punyalah banyak kedai masuk tapi satu pun tak beli :)



Sebelum nak balik,aku dengan kawan aku ni pusing2 kat shoping kompleks,semua tempat kitorang jalan tak kira sama ada tempat jual baju lelaki keperempuan ke,belasah jer sampai tempat mainan kanak-kanak,wow dahsyat betul harga mainan bebudak ni yer,satu jer dah berpuluh ringgit.



Tapi yang penting,aku dah beli game idaman aku,PES 2009,Fifa Manager dan WWF 2009,banyak syok ooo....

Selasa, 16 Disember 2008

ARAK TERBARU CARLSBERG






Salam,hari ni artikel tentang masalah yang semakin serius di kalangan remaja,sekiranya negara tika ini kecoh pasal isu arak Thailand-Thai Song,namun satu lagi masalah serius yg berlaku iaitu Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua/ produk miniman tin terbaru.Jadi bacalah artikel ini yg diambil dari blog belajar berniaga ( http://jutawansenyap12.blogspot.com/)


thanks CT,for this info




PERHATIAN SEMUA!!! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE. Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM...
Dikirim Oleh HAFIZ
Dicatat oleh:Miji

Sabtu, 13 Disember 2008

Komik dan Aku













Salam,kepada sesiapa yang terbaca blog ni,pasti pernah tengok atau tertengok lambakan komik tak kira komik Malaysia atau komik luar negara di kedai2 buku di Malaysia kan?Jadi kali ni nak cerita sikit pengaruh komik ni dalam hidup aku.












Aku pun minat baca komik ni,(start baca waktu darjah 3)dan komik yang first aku baca ialah majalah Ujang(waktu ni komik ni memang kelakar abis la ni dah kurang sedikit) semua ni sebab aku terpengaruh dengan hobi abang aku yang memang gila komik :)





Lepas tu,muncul pula kegilaan komik dari Hong Kong cth macam Jejak Wira,Sang Harimau Kumbang,Dewata Raya dan macam2 lagi(yang famous waktu tu karya Tony Wong la),aku waktu tu budak sekolah rendah lagi,tapi aku dapat baca jugak sebab abang aku memang banyak kumpul komik ni,aku baca free je.(ialah budak sekolah lagi,mana ada duit nak beli komik cam ni)


Aku kemudiannya mula baca komik dari Jepun,komik Jepun yang popular dekat Malaysia waktu tu ialah Dragon Ball(peh lama betul komik ni sampai dah jadi legend),aku ingat lagi pernah ponteng kelas tusiyen sebab nak tengok cerita Dragon Ball ni kat tv.Lepas tu komik Jepun yang aku baca ialah Slam Dunk,ni antara komik sukan yang aku suka,dan sebab terlalu minat kat cerita komik ni,terus aku berminat nak main sukan basketball,first time aku main basketball waku abang aku ajak,best ooo(tapi aku main langsung xfaham peraturan dia)lepas tu industri komik Jepun kat Malaysia terus berkembang cth seperi komik GTO(yang ni aku xsuka sangat baca)dan sekarang antaranya ialah Naruto,Bleach,Detective Conan,Eyeshield 21(favourite aku sekarang ni) dan macam2 lagilah.


Manakala komik negara barat pulak aku jarang sangat baca,sebab dahlah harga dia mahal dan lepas tu dalam bahasa inggeris pulak tu(ialah time tu sekolah rendah lagi,mana faham sangat bahasa inggeris),hmm..komik barat yang aku tahu pun macam Spider-man,Superman,Batman,Cicak-man(eh!ni komik Malaysia lah sorry)












Komik favourite aku sekarang ni-Eyeshield 21





Oh ya,bila sebut tentang komik Malaysia ni,aku sedih sikit sebab kebanyakan komik gagal bersaing,cth macam Anak-Anak Sidek,dulu memang popular lah komik ni sampai dijadikan animasi tv sebaris dengan animasi tempatan yang lain waktu tu,cth Usop Sontorian,tapi lepas tu makin hilang(hmm sedih gak), tapi masih ada lagi komik tempatan yang masih bertahan sampai sekarang seperti Ujang,Gempak dll lagi.Aku ada gak kumpul komik cam ni cth macam Lawak Kampus(terbitan Gempak kalau xsilap),Ujang(dululah sekarang dah stop).Tapi sekarang komik tempatan yang baru ialah Cicak-man(terbitan KRU)dan satu lagi komik cam Kreko(nama komik ni aku lupa lak),harap2 industri komik tempatan dapat berkembang dan bersaing dengan komik2 luar negara hingga ke tahap antarabangsa lah.



Orait,begitulah lebih kurang cerita komik dalam hidup aku,sajer jer nak kongsikan sebab aku percaya ramai gak remaja luar sana yang minat baca komik cam aku,tapi bagi aku kalau nak baca komik ni tak salah tapi kenalah pandai2 bahagi masa terhadap benda2 lain tak bolehlah nak obses sangat kat komik ni sampai study ker apa ke terganggu(ceh..nasihat orang nampak diri sendiri 2x5 gak)










Khamis, 11 Disember 2008

Hari Ni Pergi Latihan Motor


Salam,orait hari ni baru abis pergi latihan motor yg lapan jam tu,tapi sebab aku x berapa nak faham cara2 jalan raya tu maka aku minta tambah lagi masa sebelum gi Pra Test :)




Heh,aku bab2 bawak motor ni memang tak terer(aku belajo moto pun masa form4) lepas tu abis SPM gi try amik lesen,sedar2 nak setahun gak aku usung L ni,adoi bila pergi balik belajo tadi,hampeh banyak yang aku lupa tapi xpe aku percaya dengan latihan yang banyak dan prinsip di mana ada kemahuan di situ ada jalan akan membolehkan aku mendapat "P" (Malaysia Boleh Aku pun Boleh) :)






Tapi aku respek kat mat2 moto a.k.a Mat Rempit ni cara bawak motor diorang tapi cara diorang handle motor tujelah,yang diorang pergi lumba haram (nak cari mati) tu aku x suka langsung,baru jer tadi aku dengar radio,penyampai dia cakap kalau dah terer sangat pergilah lumba kat litar trek nun takdelah menyusahkan pengguna jalanraya yang lain :)




Agak2 jer best ker buat pacak2 ni? Ramai gak member aku mat motor dan aku kalau tengok diorang naik motor sambil buat stunt boleh meremang tengkuk o...





p:s-Ingatlah orang yang tersayang,anda mampu mengubahnya :)









Rabu, 10 Disember 2008

IT IS GOOD DAY TODAY :)




Salam,orait hari ni xder buat apa sangat pun :)

Bangun pagi(kira pagilah pukul 10 yer tak),lepas tu adalah buat revision sesikit,then tolong mak,lepas tu layan game ps2



Petang lak pergi rumah member sesajer lepak,lama gak ah borak2,hampeh dia dapat lesen P motor dah-bila lah aku dapat pulak,lama dah dok usung L ni. On the way balik,giler banyak pulak kereta, adoi(walaupun aku pakai motor tapi aku x expert cilok2 ni),berasap dan berpeluh gak ah,




Orait,semalam pinjam buku terbaru Irfan Khairi dari member,jadi cadang2 habiskanlah buku ni dulu baru pulang dulu(dah 2x pinjam bulu ni),heh sorry bro



Tapi aktiviti wajib yang aku x boleh miss is check internet(I am not internet addict ok) :)


Oh ya, aku sekarang ni tengah dok layan lagu OAG ni ,best dengar boleh naik semangat dalam menempuh kehidupan




Begitulah alkisah hari aku hari ni,semoga esok menjadi lebih baik dari semalam


Selasa, 9 Disember 2008

MIJI DAN REALITI KEHIDUPAN NI BLOG APA YER??


Salam,akhirnya setelah lama menunggu dan menentang kesibukkan masa untuk menghasilkan blog yang fokusnya mengenai kehidupan seorang aku yang bernama Ahmad Tarmizi a.k.a Miji (pemilik blog KISAH HIDUPKU-MIJI), kini muncullah MIJI DAN REALITI KEHIDUPAN. -cayalah :) (satu tepukan untuk diri sendiri ;))



Orait,kalau ada sesiapa yang terbaca blog ni rerajinlah singgah yer
Oh ya, my another blog is KISAH HIDUPKU-MIJI [cerita pasal keusahawanan] URL=http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com
Okey that's all for today, chiaow and wasalam :)